Buku
Reaksi - Strategi Kritikal Baru: Naratif Seni Rupa Malaysia
Naratif Seni Rupa Malaysia Jilid 2: Reaksi - Strategi Kritikal Baru menyorot bagaimana artis Malaysia memberi respons dan tindak balas ke atas peristiwa-peristiwa sosio-politik yang berlaku di Malaysia, dan juga terhadap pelbagai bentuk pendekatan dan sikap pengkaryaan seni yang berubah-ubah sepanjang 45 tahun yang lampau. Dengan menampilkan suara-suara yang kritikal dan penting dalam seni rupa Malaysia sejak dari 70-an sehingga 90-an, sampailah kepada suara-suara generasi artis, penulis dan pengkaji yang lebih muda, jilid ini sedikit sebanyak merakamkam segenap keterdesakan dan keghairahan yang telah mendasari dan mewarnai perkembangan seni rupa kontemporari serta praktis kesenian Malaysia. Jilid ini memuatkan penulisan-penulisan polemikal oleh beberapa artis dan kumpulan seni, esei-esei yang pernah diterbitkan dan yang baru dihasilkan khusus untuk penerbitan ini, teks-teks wawancara dengan beberapa artis, dan juga petikan-petikan daripada katalog-katalog pameran yang penting lagi besar pengaruhnya. Imej-imej hitam putih dan berwarna yang mendokumentasi lebih daripada 100 buah karya dan peristiwa seni turut menghiasi jilid ini.
14-1382 | 701 Kha r | Filsafat, Sejarah dan Teori Seni (Buku Filsafat, Sejarah dan Teori Seni) | Tersedia |
Tidak tersedia versi lain